BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

From The Bottom Of My Heart

Salam.. (:
Takde pape sangat pun nak post sebenarnya.. Just nak meluahkan isi hati yang dah sarat sangat duk terpendam di dasar hati.. Walaweyh ayat.. Weewit.! :P

This year rasanya tahun yang paling mencabar , sedih , penuh dengan dugaan dan kritikal jugak ada la termasuk sikit.. Huhu Rasanya start bulan 3 kehidupan aku start menjadi tunggang-langgang.. Means ada problem besar.. Huhu Firstly, aku bergaduh besar dengan mr.Boifie sampai kami membawa haluan masing-masing.. Then mendapat berita, ayah aku terpaksa berpindah ke Perlis kerana bisnesnya merosot.. Aku terpaksa la balik ke Kuala Terengganu sebab aku tiada siapa-siapa kat sini nak menjaga aku.. Oke itu arahan dari big boss a.k.a my Daddy.. ):

Dugaan hidup yang paling pahit dan takkan selamanya dapat aku lupa ialah time aku stay kat umah kawan aku.. Yela.. Aku nie dah selalu je menyusahkan orang yang pernah masuk dalam kehidupan aku.. First time dalam seumur hidup aku, aku DIMAKI.! Damn.! Time tuh, jangan cakap la.. Almost one hour gak kot aku menangis. Terus terbayang muka Mak.! Mak xpernah langsung meninggikan suara pada anak-anaknya even anak-anaknya terlalu degil dan keras kepala. Terus rasa nak keluar dari rumah tuh tapi aku nak stay mana? Aku fikir aku hanya tinggal kurang lagi seminggu untuk aku stay dirumah itu,aku kuatkan semangat dan tabahkan hati aku.. Aku pujuk perasaan aku ini supaya bertahan. Jujur aku katakan, sampai ke hari ini, aku masih lagi terasa sedih dan fobia dengan situasi malam itu.. )':

Dan sekali lagi, Tuhan menguji aku dengan Persahabatan kami.. Persahabatan yang terjalin selama 5tahun, berakhir begitu saja.. Salah aku.. Terlalu emosional.. Tapi aku dah terlambat tuk perbaiki persahabatan kami.. Memang benar terlajak perahu memang boleh diundur.. Terlajak kata, buruk padahnya.. Orang memang boleh maafkan tapi tidak dapat tuk melupakannya.. Kini, aku betul-betul merindui dirinya, suaranya, kata-kata semangat n nasihat darinya persis seorang Kakak bagiku.. Serta gelak-tawa dan gurauan dy.. Ya Allah, Aku bermohon, lindungilah dirinya dimana saja dia berada.. Jagakan dia untuk diriku Ya Allah.. Aku Sayang Dia serta Persahabatan kami.. Hope sangat benda nie semua dapat kembali seperti biasa tapi ....... )':

Sepanjang dugaan dan ujian hidup aku ini, aku bersyukur kerana mr.Boifie tetap setia menemani diri aku.. Walaupun sudah berkali-kali aku menyakiti hatinya.. Dia tidak pernah putus asa membagi kata-kata nasihat dan semangat untuk aku agar terus bertahan dalam dunia yang penuh pancaroba ini.. Dia juga selalu ada time aku susah dan time aku amat memerlukan dia.. Sesungguhnya, aku memang tidak dapat bayangkan kehidupan aku if aku bersama orang lain.. Hanya dengan dia saja yang aku dapat menyesuaikan diri aku. Like i always said to u mr.Boifie, " I'm Glad You Came.! " Thanks for everything My Soul.. Ur kindness and all things that you've done to me, i can't repay it Dear.! And sorry for all those things and bad words that i've spoke to you.. Seriously, i never meant it.. No words can describe how much I LOVE YOU and WANT YOU in my life.. Please don't ever leave me again.!

P/s : N.J.... me tahu after this, kita takkan dapat jadi macam dulu balik kan? Sebab dah banyak kali me sakitkan dan goreskan hati u.. Terlampau banyak.! Me nak u tahu, walau bagaimana sekalipun, u tetap kawan + kakak me yang terbaik.. No one could ever replace UR place in my heart and in my life.. U too special in my heart.. i MISS you so damn much.. Sorry for everything.. And it's oke if u xnak terima maaf me sebab dah banyak kali me buat benda yang sama kat u kan? It's ok.. Me paham.. Me harap u selalu bahagia + epi.. No more stress k? N jangan minum air yang ad caffein.. Jangan degil sangat oke.! oh..one more.. Jangan kerap sangat mandi malam.. U selalu je asma lately.. Rite? So,hargailah diri u.. Jaga kesihatan.. Kita nak pakai badan kita tuk jangka masa yang lama.. Kesian la kat Z yang lama tunggu u nak jadikan Isteri yang sah.. Salam Sis.! XD




No comments: